Saturday 9 March 2013

Objektif Terjemahan



PENGENALAN KURSUS TERJEMAHAN
 
Kursus ini bertujuan untuk membina keyakinan dan
keterampilan menterjemah bagi memastikan terjemahan
yang bermutu dapat dihasilkan menerusi penulisan yang
berkesan, tepat dan jelas dan meningkatkan profesionalisme
penterjemah.
 
 
OBJEKTIF TERJEMAHAN
 
 

1) Mendedahkan pelajar kepada teori, amalan dan etika


dalam penterjemahan




2)Membimbing pelajar memperoleh keupayaan dan


kebolehan untuk memahami dan menterjemah teks
sumber kepada bahasa sasaran.
 



3)Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran asas pelajar


dalam teknik penterjemahan teks dalam pelbagai genre
termasuk komersial dan teknikal serta meliputi teks
ucapan, laporan, artikel, terbitan berkala, teks media
massa dan sebagainya.
 



4)Membimbing pelajar supaya lebih berkemahiran dalam


menggunakan alat bantu terjemahan (komputer dan ekamus)
bagi memastikan hasil terjemahan adalah tepat
dan mantap.
 



5)Mengenal pasti masalah yang sering dihadapi dalam


kerja penterjemahan dan kaedah untuk menangani
masalah tersebut

Thursday 28 February 2013

Terjemahan Lagu Nancy Ajram


امتى هشوفك
امتى هشوفك وحنتكلم وتلمس ايدى واغمض واحلم
انا وياك يانصيبى وقدرى ادينى فرصة العمر بيجرى
لسه فى عمرى ايام لسه لاول لمسة واخر همسه
قلبى بيدفى من نظراتك روحى بتصفى من لمساتك

احضن ايدى ونن عنيا حلوة الدنيا بالحنيه
خدى فى خدك وانا مش قدك ومفيش قبلك ومفيش بعدك
لسه فى عمرى ايام لسه لاول لمسة واخر همسه
قلبى بيدفى من نظراتك روحى بتصفى من لمساتك



TERJEMAHAN BAHASA INGGERIS


When will I see you and we talk
You touch my hand, I close my eyes and dream
You and me, oh my fate and destiny
Give me a chance cause life is running
There are still years in my lifetime
This is the first touch and last whisper
My heart gets warm from your looks
My soul gets pure from your touches
Enfold my hand and from my eyes
Life is sweet with affection
My cheek is on your cheek and I'm not like you
There is no one after and no one before


TERJEMAHAN BAHASA MELAYU


Apabila ku melihat mu dan kita berkata-kata
Kau menyentuh tanganku, ku menutup mata dan bermimpi
Aku dan dirimu, oh nasib dan takdir kita bersama
Berikan ku peluang kehidupan yang sedang berjalan
Masih terdapat masa bertahun-tahun dalam hidupku
Ini adalah sentuhan pertama dan bisikan terakhir
Hatiku mendapat kehangatan dari kelibatmu
Jiwaku mendapat kesanya daripada menyentuhmu
Membungkus tanganku dan dari mataku
Hidup adalah manis dengan kasih sayang
Pipiku adalah di pipimu dan aku tidak sepertimu
Tiada seorang pun selepas ataupun sebelumnya




Lagu dipetik dari  : Nancy Ajram 

Latihan Terjemahan III

TUN PERAK

Pada zaman dahulu, terdapat seorang pembesar Melaka bernama Tun Perak. Beliau bertugas sebagai Bendahara Melaka. Tun Perak seorang yang bijaksana dan panjang akal.

Sultan Melaka amat sayang akan Tun Perak. baginda sedar, disebabkan jasa dan kebijaksaan Tun Peraklah Kerajaan Melaka semakin kuat dan terkenal.

Raja Siam berasa kurang senangakan hal itu. Menurut baginda, kerajaan Siam lebih kuat daripada Kerajaan Melaka.

"Negeri Siam lebihn kuat daripada Melaka!" Kata Raja Siam dengan angkuhnya.

"Tuanku! kalau begitu, kita boleh uji mereka. Jika mereka tewas, negeri Melakaakan jatuh ke tangan Tuanku", kata salah seorang pembesar Siam.

Raja Siam bersetuju akan pendapat pembesarnya itu. Baginda memang mahukan Melaka menjadi jajahan takluk Kerajaan Siam.

"Benar kata pembesar itu", kata Raja Siam.


TERJEMAHANYA


 
في قديم الزمان, يوجد رجال الدار في ولاية ملاكا يسم تون فيرق. وظيفته رائس الوزراء. هو رجال فاطين و ذكي. سلطان يحبه حبا جما. يعرفه بسبب ذكيه, ملاكا يهول الى بلاد قوي ومشهور. سلطان سيام لم يحب في هذه الحال. يخبره سيام قوي الى ملاكا. سيام قوي الى ملالكا ! يخبره متكبرا. "يا صاحب الجلاله! كذالك ان يبليتما, اذا خاسرا, بلاد ملاكا يدخل الى دولة" , قال واحد من كبراء سيام. سلطان سيام يقبل على رأي كبراء وحجته ملاكا تحت سيطرته سيام. "صدقت" يخبر سلطان سيام.      

Latihan Terjemahan II

AKU

Kalau sampai waktuku
'ku mau tak seorang 'kan merayu
Tidak juga kau

Tidak perlu sedu sedan itu

Aku ini binatang jalang
Dari kumpulanya terbuang

Biar peluru menembus kulitku
aku tetap meradang menerajang

Luka dan bisa kubawa berlari
Berlari
Hingga hilang pedih peri

Dan aku akan lebih tidak peduli

Aku mahu hidup seribu tahun lagi

March 1943


Aku (puisi #2)

Melangkah aku bukan tuak menggelegak
Sumbu buatan satu biduan
Kujauhi ahli agama serta lembing katanya

Aku hidup
Dalam cacar melebar, barah bernanah
dan kadang satu senyum kukucup-minum dalam dahaga


TERJEMAHANYA


 
انا
اذا جاء الوقت

لا اريد شي ان يجذب

ولا انت

لا ضروري على ينحر

انا حيوان فاجر

في فرقة الرمية

خلى عن رصاصة يدخل جلدتي

يفضبي و يضربي

جراح و سموم يفر معك

يفر

حتى مفقود آذى

وانا لا يقلف لأجل

اريد ان يعيش الف سنة ايضا

(مارس 1943)

 

انا (شعر الثاني)

 

خطوتي ليس خمر يفلي

يصنع قناديل ومطريب

ويبعيد الفقهاء وترك الكلام

يعيش

في الداخل جدري و سرطان صديد

يبتسم ويشم – يشرب في ظماء

Latihan Terjemahan I


PENTERJEMAHAN AL-QURAN

TAJUK
SURAH
TAFSIR TERJEMAHAN MELAYU
TAFSIR PIMPINAN AL-RAHMAN
1)      HUJAN
ألم تر أن الله أنزل من السماء ماء فسلكه ينبيع فى الأرض ثم يخرج به زرعا مختلفا ألونه ثم يهيج فترىه مصفرا ثم يجعله حطما إن فى ذلك لذكرى لأولى الألبب
 
(AL-ZUMAR : 21)
Apakah engkau tidak memperhatikan, bahwa Allah menurunkan air dari langit, lalu diaturnya menjadi sumber-sumber air di bumi, kemudian dengan air itu ditumbuhkan-Nya tanaman-tanaman yang  bermacam-macam warnanya, kemudian menjadi kering , lalu engkau melihatnya kekuning-kuningan, kemudian dijadikan-Nya hancur berderai-derai. sungguh pada yang demikian itu terdapat pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal yang sihat.
Tidakkah engkau memerhatikan, bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu dialirkanNya menjadi matair-matair di bumi; kemudian Ia menumbuhkan dengan air itu tanaman-tanaman yang berbagai jenis dan warnanya; kemudian tanaman-tanaman itu bergerak segar (hingga ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatmu berupa kuning; kemudian Ia menjadikannya hancur bersepai? Sesungguhnya segala yang tersebut itu mengandungi peringatan yang menyedarkan orang-orang yang berakal sempurna.
1)      HUJAN
 
 
 
 
 
 
 
 
 
والذى نزل من السماء ماء بقدر فأنشرنا به بلدة ميتا كذلك تخرجون
 
(AL-ZUKHRUF : 11)
Dan yang menurunkan air dari langit menurut ukuran yang diperlukan,lalu dari air itu Kami hidupkan negeri yang mati (tandus). Seperti itulah kamu akan dikeluarkan dari kubur.
Dan (Dia lah) yang menurunkan hujan dari menurut sukatan yang tertentu, lalu Kami hidupkan dengan hujan itu negeri yang kering tandus tanahnya. Sedemikian itulah pula kamu akan dikeluarkan (hidup semula dari kubur).
2)      ANGIN
الله الذى يرسل الريح فتثير سحابا فيبسطه فى السماء كيف يشاء ويجعله كسفا فترى الودق يخرج من خلله فإذا أصاب به من يشاء من عباده إذا هم يستبشرون
 
(AL-RUM : 48)
Dialah Allah Yang mengirimkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendakiNya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal; lalu kamu lihat air hujan keluar dari celah-celahnya; maka, apabila hujan itu turun mengenai hamba-hambaNya yang dikehendakiNya, tiba-tiba mereka menjadi gembira
Allah jualah yang menghantarkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan; kemudian Allah menyebarkan awan itu di langit sebagaimana yang dikehendakiNya, dan menjadikannya berkelompok-kelompok; lalu engkau melihat hujan keluar dari celah-celahnya. Maka apabila Allah menurunkan hujan itu mengenai sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambanya, mereka serta merta bergembira;
2)      ANGIN
وهو الذى يرسل الريح بشرا بين يدى رحمته حتى إذا أقلت سحابا ثقالا سقنه لبلد ميت فأنزلنا به الماء فأخرجنا به من كل الثمرت كذلك نخرج الموتى لعلكم تذكرون
 
(AL-A’RAF : 57)
Dialah yang meniupkan angin sebagai pembawa berita gembira sebelum kedatangan rahmatNya (hujan). Sehingga, apabila angin itu telah membawa awan mendung, Kami halau ke suatu daerah yang tandus. Lalu Kami turunkan hujan di daerah itu, maka Kami keluarkan dengan sebab hujan itu berbagai macam buah-buahan, Seperti itulah Kami membangkitkan orang-orang yang telah mati, mudah-mudahan kamu mengambil pelajaran.
Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya).
3)      TAUFAN
أَيَوَدُّ أَحَدُڪُمۡ أَن تَكُونَ لَهُ ۥ جَنَّةٌ۬ مِّن نَّخِيلٍ۬ وَأَعۡنَابٍ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ لَهُ ۥ فِيهَا مِن ڪُلِّ ٱلثَّمَرَٲتِ وَأَصَابَهُ ٱلۡكِبَرُ وَلَهُ ۥ ذُرِّيَّةٌ۬ ضُعَفَآءُ فَأَصَابَهَآ إِعۡصَارٌ۬ فِيهِ نَارٌ۬ فَٱحۡتَرَقَتۡ‌ۗ كَذَٲلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَڪُمُ ٱلۡأَيَـٰتِ لَعَلَّكُمۡ تَتَفَكَّرُونَ
 
(AL-BAQARAH : 266)
Adakah seseorang di antara kamu suka mempunyai sebuah kebun dari pokok tamar (kurma) dan anggur, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, ia juga mempunyai dalam kebun itu segala jenis buah-buahan, sedang ia sudah tua dan mempunyai banyak anak cucu yang masih kecil, lalu kebun itu diserang oleh angin taufan yang membawa api sehingga terbakarlah ia ? Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu keterangan-keterangan, supaya kamu berfikir (dan mengambil iktibar).
Adakah seseorang di antara kamu suka mempunyai sebuah kebun dari pokok tamar (kurma) dan anggur, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, ia juga mempunyai dalam kebun itu segala jenis buah-buahan, sedang ia sudah tua dan mempunyai banyak anak cucu yang masih kecil, lalu kebun itu diserang oleh angin taufan yang membawa api sehingga terbakarlah ia ? Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu keterangan-keterangan, supaya kamu berfikir (dan mengambil iktibar).
3)      TAUFAN
مِّمَّا خَطِيٓـَٔـٰتِہِمۡ أُغۡرِقُواْ فَأُدۡخِلُواْ نَارً۬ا فَلَمۡ يَجِدُواْ لَهُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ أَنصَارً۬ا
 
(NUH : 25)
Disebabkan dosa-dosa dan kesalahan mereka, mereka ditenggelamkan (dengan banjir dan taufan), kemudian (pada hari akhirat) dimasukkan ke dalam neraka; maka mereka tidak akan beroleh sebarang penolong yang lain dari Allah (yang dapat memberikan pertolongan).
Disebabkan dosa-dosa dan kesalahan mereka, mereka ditenggelamkan (dengan banjir dan taufan), kemudian (pada hari akhirat) dimasukkan ke dalam neraka; maka mereka tidak akan beroleh sebarang penolong yang lain dari Allah (yang dapat memberikan pertolongan).
4)      RIBUT
وَأَمَّا عَادٌ۬ فَأُهۡلِڪُواْ بِرِيحٍ۬ صَرۡصَرٍ عَاتِيَةٍ۬
Adapun Aad (kaum Nabi Hud), maka mereka telah dibinasakan dengan angin ribut yang kencang, yang melampau kencangnya
Adapun Aad (kaum Nabi Hud), maka mereka telah dibinasakan dengan angin ribut yang kencang, yang melampau kencangnya
4)      RIBUT
أَمۡ أَمِنتُمۡ أَن يُعِيدَكُمۡ فِيهِ تَارَةً أُخۡرَىٰ فَيُرۡسِلَ عَلَيۡكُمۡ قَاصِفً۬ا مِّنَ ٱلرِّيحِ فَيُغۡرِقَكُم بِمَا كَفَرۡتُمۡ‌ۙ ثُمَّ لَا تَجِدُواْ لَكُمۡ عَلَيۡنَا بِهِۦ تَبِيعً۬ا
Atau adakah kamu merasa aman (dan tidak memikirkan) bahawa Allah akan mengembalikan kamu sekali lagi ke laut, kemudian Ia menghantarkan kepada kamu angin ribut yang memecah belahkan segala yang dirempuhnya, lalu Ia mengaramkan kamu dengan sebab kekufuran kamu; kemudian kamu tidak beroleh sesiapapun yang boleh menuntut bela tentang itu terhadap Kami?
Atau adakah kamu merasa aman (dan tidak memikirkan) bahawa Allah akan mengembalikan kamu sekali lagi ke laut, kemudian Dia menghantarkan kepada kamu angin ribut yang memecah belahkan segala yang dirempuhnya, lalu Dia mengaramkan kamu dengan sebab kekufuran kamu; kemudian kamu tidak beroleh sesiapapun yang boleh menuntut bela tentang itu terhadap Kami?

Tuesday 12 February 2013

Tokoh Penterjemah II

Syeikh Idris al-Marbawi


 


Potret Syeikh Mohamad Idris al-Marbawi
Dr. Syeikh Mohamad Idris bin Abdul Rauf Al-Marbawi, AMP (10 Mei 1896- 13 Oktober 1989) ialah seorang tokoh di dalam bidang persuratan yang tidak asing lagi bukan sahaja di Nusantara, malah di Mesir dan Makkah terutamanya dalam bidang bahasa Arab, ilmu Hadith, tafsir dan fiqah. Kamus Al-Marbawi, hasil nukilannya adalah kamus Arab-Melayu yang terunggul sekali di Nusantara sehingga hari ini.

 

Riwayat hidup

Syeikh Idris dilahirkan di sebuah kampung bernama Misfallah di Makkah pada 28 Dzulkaedah 1313 Hijrah bersamaan 10 Mei 1896.
Ibu bapa beliau berasal dari Kampung Lubok Merbau, Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan. Ketika berusia 10 tahun, beliau sudah mampu menghafal kitab suci Al-Quran sebanyak 16 juzuk, di samping beberapa buah kitab lain. Pada tahun 1323 Hijrah, beliau pulang ke Malaysia bersama-sama keluarga.
Sekembalinya ke Malaysia, beliau meneruskan pengajiannya di Sekolah Melayu Lubok Merbau (kini dikenali Sekolah Kebangsaan Syeikh Mohd Idris Al-Marbawi). Seterusnya beliau melanjutkan pengajiannya di beberapa buah sekolah pondok, antaranya Pondok Wan Mohammad, Bukit Chandan, Kuala Kangsar (kini dikenali sebagai Madrasah Idrisiah), Pondok Tuan Hussien Al-Masudi (Kedah), Pondok Syeikh Ahmad al-Fatani (Bukit Mertajam) dan Pondok Tok Kenali (Kelantan). Setelah menamatkan pengajian, beliau bertugas sebagai guru agama di Perak.
Pada tahun 1924, beliau menyambung pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir, dan berjaya memperoleh Ijazah 'Aliyah (tertinggi). Beliau merupakan anak jati Perak pertama berjaya melanjutkan pengajiannya di Makkah. Semasa berada di sana, beliau menyusun kamus Arab-Melayu atau dikenali sebagai Kamus Al-Marbawi yang diterbitkan dalam tahun 1937 dan telah diulang cetak lebih daripada 24 kali. Kamus ini pada mulanya disusun oleh tiga orang iaitu beliau sendiri, Syeikh Juned Tola, dan Syeikh Tahir Jalaluddin. Namun, ketika dua tokoh yang terakhir ini kembali ke tanah air, karya itu diteruskan sendiri oleh Syeikh Idris al-Marbawi sebagai pengarang kamus tersebut.

Anugerah dan sumbangan

Atas sumbangan dan jasa besar dalam keagamaan dan persuratan, Syeikh Idris dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 5 Julai 1980. Pada 1 Muharram 1408 Hijrah bersamaan 28 Ogos 1987, beliau diisytihar sebagai Tokoh Ma’al Hijrah Kebangsaan yang pertama.
Pada 19 April 1988, beliau telah dianugerahkan Pingat Ahli Mahkota Perak (AMP) oleh Sultan Perak, Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Yussuf Izzuddin Shah sempena hari keputeraan baginda.
Beliau adalah seorang tokoh ilmuan yang warak dan amat mementingkan hubungan kekeluargaan. Orang ramai yang mengenali beliau ternyata amat menyenangi dan menghormatinya. Keperibadian mulia di samping ketajaman fikiran walaupun telah berusia 90-an, merupakan aset beliau yang amat berharga. Penghayatan beliau terhadap ilmu, sifat rendah diri, di samping sifat dahagakan ilmu yang dimiliki, tidak dapat dinafikan lagi.
Bahkan semasa diminta berucap setelah dianugerahkan Tokoh Ma’al Hijrah, beliau dengan terus terang menyatakan yang beliau tidak layak berucap di situ kerana merasakan dirinya masih kekurangan ilmu. Dalam satu kejadian lain pula, beliau telah dilihat mengambil wudhu’ dengan menggunakan air yang sangat minimum yang tidak habis segayung air.
Sepanjang hampir 60 tahun berada di Timur Tengah, beliau banyak menjelajah dan menyaksikan pelbagai bentuk kebangkitan Islam selain daripada menjalankan kerja berdakwah. Ini telah banyak memberi kesedaran dan pengalaman berguna kepada beliau. Atas dasar ingin melihat lebih ramai muda mudi memperolehi pendidikan yang sempurna, beliau telah menggunakan wang ganjaran Tokoh Ma’al Hijrah untuk membolehkan anaknya menubuhkan sebuah Kolej Pengajian Islam yang dinamakan Kolej Idris Al-Marbawi Al-Islami di Ipoh, Perak. Tenaga pengajarnya terdiri daripada anaknya, Mariam dan cucu-cucunya serta beberapa orang tenaga pengajar luar.

Meninggal

Walaupun belum puas mencurahkan bakti dan ilmu kepada seluruh umat manusia, ternyata Allah SWT lebih menyayangi beliau. Beliau telah kembali ke Rahmatullah ketika berusia 93 tahun pada hari Jumaat, 13 Oktober 1989, jam 8.30 pagi di Hospital Besar Ipoh, Perak. Jenazah beliau disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lubok Merbau, Kuala Kangsar, Perak, bersebelahan pusara isteri beliau, Khadijah binti Mohamad Idham yang telah meninggal dunia 14 bulan sebelum itu. Beliau telah meninggalkan seorang anak perempuan, tiga orang cucu dan tujuh orang cicit yang tinggal di Malaysia. Di samping itu beliau telah meninggalkan balu kedua, Hajjah Munirah binti Abdul Wahab yang menetap di Mesir.
Bagi mengenang jasa beliau, namanya telah diabadikan di sebuah kolej kediaman di Universiti Kebangsaan Malaysia dengan dikenali sebagai Kolej Idris al-Marbawi. Namanya juga diabadikan di sekolah tempat beliau menuntut ilmu di Kampung Lubok Merbau iaitu Sekolah Kebangsaan Syeikh Mohd Idris Al-Marbawi.

Hasil karya

  1. Kamus al-Marbawi
  2. Kitab Bahrul Mazi
  3. Tafsir Quran Al Marbawi
  4. Tafsir Surah Yasin
  5. Tafsir Nurul Yaqin
  6. Tafsir Fathul Qadir
  7. Kitab Bulughul Maram
  8. Kitab Jami'ul Ulum
  9. Usulul Islam
  10. Nizamul Hayah
  11. Mu'jamul Ka'inat ( 4 Jilid ) dan lain-lain.

Tokoh Penterjemah I


TOKOH BAHASA & PENTERJEMAH :

TAN SRI ZA'BA






Pendeta Za'ba
Za'ba (Tan Sri, 1895-1973) ialah tokoh bahasa dan pemikir Melayu. Nama sebenarnya ialah Zainal Abidin bin Ahmad. Dia lahir pada 16 September 1895 di Kampung Bukit Kerdas, Jempol, batu Kikir, Negeri Sembilan. Ibunya Intan Awaluddin berketurunan Minangkabau. Ayahnya yang berketurunan Bugis Linggi merupakan orang yang berharta, berpengetahuan agama, dan satu-satunya penduduk di kampung itu yang tahu membaca dan menulis Jawi.
Pendidikan awal Za'ba bermula di rumahnya sendiri, termasuk pelajaran asas agama dan tulis-menulis (Jawi). Pada bulan Julai 1907, Za'ba belajar di Sekolah Melayu di Batu Kikir dan kemudiannya dia bersekolah di Linggi. Di samping meneruskan pendidikan sekolah Melayu pada waktu pagi, Za'ba belajar agama dan nahu bahasa Arab di Masjid Linggi pada waktu petang daripada Abas bin Zakaria, ulama terkenal di Negeri Sembilan. Za'ba muncul sebagai pelajar sekolah Melayu terbaik dalam peperiksaan Darjah Lima, semasa di Linggi.
Za'ba juga menduduki peperiksaan untuk menjadi guru atau untuk memasuki sekolah Inggeris seperti Maktab Melayu Kuala Kangsar, dan sekolah Inggeris di Seremban. Dia muncul sebagai pelajar terbaik daripada 265 orang calon. Pada mulanya Za'ba memilih untuk menjadi guru, tetapi akhirnya dia memilih memasuki sekolah Inggeris, iaitu St. Paul's Institution, Seremban. Di sini dia belajar selama enam tahun (1910-1915), sehingga memperoleh sijil Senior Cambridge. Dia banyak menerima hadiah kerana kecemerlangan pencapaiannya, dan akhirnya muncul sebagai anak Melayu Negeri Sembilan yang pertama berjaya dalam peperiksaan tersebut.
 
Za'ba ditawarkan bekerja sebagai guru sementara di sekolahnya, dan selepas itu dia memasuki perkhidmatan perguruan di English College, Johor Bharu (Jun 1916-September 1918). Dia pernah menjadi guru di Maktab Melayu Kuala Kangsar (Oktober 1918-April 1923), dan pada peringkat inilah Za'ba lulus peperiksaan ikhtisas perguruan (Normal Class, pada tahun 1921); penterjemah di Pejabat Pengarah Sekolah-Sekolah Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Kuala Lumpur (Mei 1923-Mac 1924), dan Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Tanjung Malim (April 1924-September 1939). Kemudian dia menjadi penterjemah dan juruhebah di Pejabat Penerangan Singapura serta menjadi penyelenggara buku pendidikan Melayu di Jabatan Pelajaran Singapura (Oktober 1939-Januari 1941).
Semasa pendudukan Jepun dia Tanah Melayu, Za'ba berkhidmat sebagai ketua pengarang dan penterjemah berita Radio Jepun, serta menyelenggarakan penerbitan buku bagi jabatan Pelajaran dan Agama, Bunkyo-ka (Mac 1942-Julai 1945). Selepas perang dunia kedua tamat, Za'ba bertugas sebagai penterjemah di Mahkamah Tinggi dalam Pentadbiran Tentera British di Kuala Lumpur (September 1945-Julai 1946); kemudian kembali ke jawatan lamanya sebagai penterjemah kanan bahasa Melayu dan pengarang buku teks di Pejabat pelajaran, Kuala Lumpur (Ogos 1946-Ogos 1947); pensyarah Bahasa Melayu di School of Oriental and African Studies (SOAS), Universiti London (September 1947-hingga bersara pada September 1950). Pada tahun 1953, Za'ba menjadi pensyarah kanan merangkap Ketua Jabatan Pengajian Melayu yang pertama di Universiti Malaya, Singapura (April 1953-Januari 1959). Semasa di University of London, Za'ba memperoleh Sarjana Muda Sastera (1953).
Za'ba muncul sebagai cendekiawan Melayu yang dihormati sejak tahun 1920-an lagi. Sepanjang kerjayanya selama hampir 40 tahun, Za'ba bergiat secara aktif dalam bidang penulisan dan berbagai-bagai kegiatan sosial serta politik tanah air. Za'ba merupakan penulis rencana dan esei yang berbakat istimewa dan gigih, sama ada dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Penulisannya yang begitu prolifik mencakupi bidang bahasa, sastera, agama, pendidikan, ekonomi dan politik.
Kegiatan penulisannya sentiasa dibendung oleh kerajaan kolonial British, terutama sepanjang dia berada di MPSI. Walau bagaimanapun, dia tetap aktif dan banyak tenaganya ditumpukan ke arah penerbitan buku sekolah dan buku bacaan umum di Biro Penterjemahan (pejabat Karang Mengarang) MPSI, selain memberi perhatian yang khusus dan lebih serius kepada usaha untuk memajukan bahasa Melayu.
Beberapa buah buku penting tentang tatabahasa telah dihasilkannya yang digunakan di maktab dan institusi pengajian pada masa itu, bagi mengisi kekosongan yang wujud. Antara karyanya ialah Ilmu Bahasa Melayu (1926), Rahsia Ejaan Jawi (1929), Pelita Mengarang, Ilmu Mengarang Melayu (1934), Daftar Ejaan Melayu: Jawi-Rumi (1938), dan tiga jilid dalam siri Pelita bahasa Melayu (1940, 1946 dan 1949).
Dia juga terlibat secara aktif dalam gerakan pembaharuan Islam dan menghasilkan beberapa buku tentang agama Islam. Antaranya ialah Falsafah Takdir (1932), Pendapatan Perbahasan Ulama pada Kejadian Perbuatan dan Perusahaan Hamba (1934), dan Asuhan Budi Menerusi Islam (1958). Buku kedua Za'ba itu telah diharamkan pengedarannya di negeri Perak oleh pihak berkuasa pada zaman tersebut.
 
Setelah Perang Dunia Kedua tamat, Za'ba bergiat aktif dalam pertubuhan politik tanah air. Dia menjadi Yang Dipertua Persatuan Melayu Selangor (PMS) menggantikan Tengku Ismail. Dia dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Kongres Melayu Se-Malaya yang berlangsung dari 1 hingga 4 Mac 1946, yang kemudian melahirkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Pada tahun 1956, Za'ba mengetuai satu lagi kongres yang penting bagi bangsa Melayu. Kali ini ialah Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ketiga, dan pada akhir kongres ini Za'ba dianugerahi gelaran "Pendeta". Ini dilakukan kerana mengenang jasanya yang tidak terhingga dalam bidang bahasa. Walaupun penglibatannya dalam bidang-bidang lain tidak boleh diperkecil, tetapi sumbangan dan tulisannya dalam bidang bahasa yang paling menonjol. Dalam pendahuluan Pelita Bahasa Melayu Penggal I misalnya, dia mencatatkan kegigihannya menerapkan nahu Arab dan Inggeris kepada bahasa Melayu. Dengan itu dia menjadi sarjana Melayu yang pertama menghasilkan huraian tatabahasa Melayu yang lengkap dan mendalam.
Atas segala khidmatnya Za'ba telah diberikan beberapa anugerah dan ijazah kehormat, iaitu Ijazah Kehormat Doktor Persuratan oleh Universiti Malaya (1959), Ijazah Kehormat Doktor Persuratan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (1973), dan darjah Panglima Mangku Negara (P.M.N.) oleh Yang di-Pertuan Agong yang membawa gelaran Tan Sri (1962).
 
Za'ba meninggal dunia pada 23 Oktober 1973 di Petaling Jaya.


Sumber: Ensiklopedia sejarah dan Kebudayaan Melayu: Jilid 4, R-Z, 1999.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 2611-2612.